Selamat Datang ke Portal STEM Outreach Workshop 2026
S.T.E.M OUTREACH WORKSHOP TAHUN 2026 (PROGRAM PENGGALAKAN PEMBUDAYAAN AMALAN S.T.E.M DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH & MENENGAH NEGERI TERENGGANU)
Objektif Program STEM Outreach Workshop 2026
Program STEM Outreach Workshop dianjurkan dengan objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan Minat Murid Terhadap Bidang STEM
Memberi pendedahan awal yang menyeronokkan dan bermakna kepada konsep-konsep asas sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik melalui pendekatan pembelajaran berasaskan aktiviti.
2. Membina Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Penyelesaian Masalah
Mendorong pelajar untuk berfikir secara analitik, kreatif dan logik dalam menyelesaikan cabaran atau tugasan berkaitan STEM.
3. Mewujudkan Kesedaran Tentang Kerjaya Dalam Bidang STEM
Memperkenalkan pelajar kepada pelbagai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang STEM serta potensi masa depan yang cerah dalam sektor ini.
4. Menggalakkan Kerja Berpasukan Dan Komunikasi Berkesan
Melalui aktiviti berkumpulan, pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berkongsi idea dalam suasana pembelajaran yang positif dan menyokong.
5. Merapatkan Jurang Akses Pendidikan STEM Antara Komuniti
Membawa program STEM ke sekolah atau kawasan yang kurang mendapat pendedahan, terutamanya di luar bandar atau komuniti terpinggir.
6. Memberi Kefahaman Tentang Konsep Citizen Science & Science Communicator
Membantu pelajar dan masyarakat awam memahami dan menghargai kepentingan sains melalui penyampaian maklumat berkesan, menarik dan mudah difahami.
Panduan Pendaftaran
Pilih Zon
Daerah Hulu Terengganu dan Marang tergolong dalam Zon A, manakala daerah Besut dan Setiu berada dalam Zon B. Zon C merangkumi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, sementara Zon D meliputi daerah Dungun dan Kemaman. Seterusnya, sila pilih sekolah yang berdaftar mengikut zon yang dipilih.
Pilih Daerah & Sekolah
Tentukan daerah asal dan pilih senarai sekolah berdaftar yang dipaparkan secara automatik.
Pilih Peranan Anda
Tentukan sama ada ingin mendaftar sebagai Mentor (Pendidik) atau Murid (Peserta).
Lengkapkan Maklumat
Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon untuk pengesahan sistem.
Flow Programme
FASA 1
Melibatkan murid-murid MENENGAH RENDAH dari SEKOLAH AGAMA NEGERI (SMA) dan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) yang terpilih meliputi semua daerah.
Fasa 1 merupakan program pendedahan pengetahuan STEM merangkumi idea, konsep, prinsip, teori dan pemahaman dalam bidang STEM yang digubal dalam kurikulum semua mata pelajaran STEM.
Fasa 1 melibatkan kepada pelaksanaan bengkel kepada murid dan guru serta pameran daripada agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kurikulum yang dirancang dan dibangunkan berhasrat memberi murid pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mencukupi melalui aktiviti yang disediakan oleh guru di dalam atau di luar bilik darjah semasa p&p. Pemerolehan pengetahuan STEM yang progresif dan dinamik adalah penting supaya murid sentiasa mendapat pengetahuan dan perkembangan terkini dalam bidang STEM.